TEHRAN: Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular  di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekaligus  berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. 
Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi  pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web  berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.  
      
   “Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan  peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan  Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.   
       
   “Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak  membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada  masalah,” katanya. 
Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial  sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap  sebagai satu peraturan. 
Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet,  seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada  17 Oktober lalu. 
Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati  percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih  tinggi daripada angka itu. 
Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.  
Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga  negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan  rangkaian persendirian maya (VPN). – Agensi     
"Korang semua dah besar kan..... kan dak kecik lagi... nilai lah sendiri...."
  Sumber : Berita Harian
Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.