Utama Inspirasi Tutorial
  • Freebies
  • Hubungi
Perhatian: Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di sini adalah dari moderator sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika mederator meletakkan nama pemiliknya (sumber). Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih.

28 March 2012

Ayah Pin kembali..

Ayah Pin suatu ketika dulu

Satu masa dulu dalam tahun berapa Arm ingat.. Tapi mesti korang pernah dengar berita tentang Ayah Pin. Ingat lagi tak korang pasal kerajaan langit? Yerrr la.. kerajaan langit Ayah Pin yang kononya dia ada kerajaan di atas langit. Perhhh... STUPID mannn!! Ok, itu satu ketika dulu, tapi sekarang Ayah Pin Come Back!! Jangan takut.. Kali ni dia datang kembali dengan fizikal yang berubah.. Dia buat pembedahan plastik?? Tidakk.. Baca artikel ini:

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.---> Dapatkan di pasaran!!

Dah baca?? Jadi dah tahu la ni.. ermm.. buang masa aku nk terangkan..hehe.. Apa-apa pun, apa akan terjadi pada kerajaan langit, dan juga Ayah Pin. Sama-sama kita tunggu.. nanti ada lah tu cerita dia.


Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.


18 March 2012

Report 1-Sekilas view dari Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya kali ke-4

17 March 2012-Hanya berbekalkan moto honda aku ni, akhirnya sampai juga di Pesta belon panas antarabangsa putrajaya. Dah memang lama nak pergi setiap kali event ni ada. Tapi masa tu masih lagi belajar, asyik tumpu study jew.. Kali ni sampai juga lah walaupun kemarin bertempuh dengan rahmat hujan yang lebat. Tiga kali terkandas dekat tepi lebuhraya Dengkil-Putrajaya dah macam burung sejuk kat tepi tu.. Pada mulanya planning nak pergi pagi, tapi semua member sibuk dengan jadual kelas, terpaksa la pergi petang.


Lebih kurang 1 jam meredah hujan, sampai juga aku dekat tapak event tu. Walaupun hujan lebat turun tadi, pengunjung tetap ramai datang. Mengikut jadual event, petang dalam pukul 6 macam tu ada belon akan naik. Tapi, yang aku betul-betul kecewa gila bila sampai saja, rupa-rupanya dibatalkan sebab faktor cuaca. Yang member aku, muka seposen pandang aku, hati panas. Aku cover, cakap dekat dorang "gas beku ni, kan tadi hujan".. dengan selamba aku cakap macam tu. Tapi muka dorang tetap macam seposen karat la.


Walaupun event tu batal, aku ajak la member aku lapak dekat atas jambatan apa tah nama dia. Bergambar la dekat situ. Yang best gambar dorang je la ada, aku as a photographer, hanya tersenyum candid gambar dorang. Jom la layan gambar tu dulu.. Tunggu my report di lokasi yang sama hari kedua pula. Malam repeat kedua ni ada pertunjukkan bunga api... nak tahu best ke tak?? aaa... tunggu je la.. hehe




Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.

17 March 2012

6 fakta menarik tentang tidur...


Tidur amat perlu untuk manusia.. sama juga dengan binatang.. Waktu tidur yang cukup adalah sekitar 5 hingga 8 jam.. Waktu tidur adalah masa untuk anggota tubuh berehat setelah penat seharian bekerja.. korang jangan ingat anggota tubuh tidak bekerja... oleh itu, jom baca sedikit fakta menarik tentang tidur...

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.

Pontianak ingatkan hantu je..



KUCHING: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan sementara hasrat untuk berkunjung ke Pontianak, Kalimantan Barat berikutan tercetus pergaduhan antara kaum di wilayah yang bersempadan dengan Sarawak itu.

Konsulat Malaysia di Pontianak, Khairul Nazran, berkata apa yang membimbangkan ialah berlakunya provokasi pada cuti hujung minggu ini yang boleh mencetuskan kembali keadaan kurang selesa di kalangan penduduk Pontianak.

“Kita sudah menasihatkan rakyat Malaysia yang berdaftar dengan pejabat konsulat agar tidak mencampuri sebarang kegiatan membabitkan politik atau pertubuhan yang boleh menyebabkan keselamatan mereka terancam.  

“Sepanjang pergaduhan yang dilaporkan berlaku, tiada rakyat Malaysia dilaporkan tercedera dan mereka diminta tidak memasuki atau berada di kawasan perarakan yang dianjurkan oleh kumpulan tertentu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 



Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.

Gambar manipulasi peneman aku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada korang semua yang sudi menjengah ke blog sekangkang kera ni :) luas juga kn kankang kera... hahahaha... Mungkin dulu blog ni menyepi tak ada satu post pon.. Maaf pada korang semua.. Sejak kebelakangan ni Armz sibuk sangat mengumpul artwork... Dah jadi photography la sekarang.. hehe.. Tapi yang paling Armz suka buat adalah manipulasi gambar...

Korang tahu tak manipulasi tu apa?? Bagi yang tak tahu, stay sini dan teruskan membaca.. Manipulasi gambar ni adalah cantuman beberapa gambar yang kita shoot, tak pon yang kita cari dari google (contohnya gambar pengantin) kemudian digabungkan dengan background lain.. Maka jadilah gambar yang tak pernah kita bayangkan, dapat kita tunjukkan dalam manipulasi gambar ini..

Nak cerita panjang-panjang pon bosan gak kn... let go tengok gambar yang Armz dah manipulate kan.. tapi tak pro lagi la... ada silap lagi...







Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.

Kategori entri

18SG 18sx Adik Yuen advertlets agama islam anjing Apek bersara apple Artis Artwork awek cun awesome Ayah Pin ayam babi baju hijau bapa mithali baucar RM200 bedah Believe it berita berita live bersin berzina besi pagar bibir tebal bilik tidur blackberry blackberry harga murah blog blog aku blog pilihan Blog tutorial blogwalking Bola sepak Malaysia bontot budak budak 2 tahun budak 2 tahun digilis van budak buat hubungan seks budak nakal budak perempuan budak pompuan 7 tahun ajar budak lelaki 5 tahun Bulan cara letakkan chatbox/shoutbox di header blog cara memasak cegah jerawat cerita baru cerita lawak cermin Cinta muka buku Cinta muka bulu computer care Coretan Cybersec Crew darah design doktor Dosa download emak berzina dengan anak sendiri emas Evo 10 exam facebook facebook berdosa Fake HDR fakta FAM kena hack Filipina full movie gaduh gambar ic gelak geli geram gigit hackers harga tiket naik HDR tutorial Hiburan hot ballon ibu ikan ikan dan manusia ikan pelik Iktibar Info Jadi ahli facebook berdosa jalan jepun jepun tidur jessica rabbit join contest Join segmen Join segment JPS Kedah kaabah kantoi kembar kena bunuh kencing malam kerajaan beri baucar buku. baucar buku kerajaan langit kereta terbakar ketam Khairul Fahmi (apek). Kim swee komputer kristian Lagu melayu laman digodam lampu landasan lapangan terbang lawak lelaki lelaki macho ludah lukisan paku magic Maharaja Lawak akhir Maharaja Lawak Final maharaja lawak mega minggu kedua maharaja lawak mega minggu pertama mahasiswa main piano malaysia lawan indonesia malaysia menang manipulasi manusia binatang manusia pelik Marco Simoncelli Marco Simoncelli maut di litar sepang mat luthfi mati katak menakutkan mengarut monyet MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan motorsikal unik movie movie baru MP3 mr.ben kemalangan Najwa Latif News ngeri nuffnang OMG orang asli page view pameran lampu pasukan bola sepak malaysia pencuri pendapat pengsan perempuan perempuan bertudung perempuan seksi perlumba permainan Photoshop tutorial pingat emas malaysia pontianak pop islamic singer Poster movie Pramugari putrajaya que haidar rogol sakit sami yusuf sayap merah sedap selipar jepun SEO seram serangga signboard jalan songlap sony ericsson stress suami sukan sea 2011 sushi tak senonoh tangisan ustazah tayang depan camera terkeluar taik tertembak bapa mentua ketika memburu tiada jari tidur Trailer tudung tupai Tutorial Umno undang-undang china ustazah pilihan Video View Entertainment vokal bukan sekadar rupa wallpaper islam wallpaper ramadan watak kartun Wayang widget wordless wednessday World zakar zakar putus Zizan Raja Lawak