Ayah Pin suatu ketika dulu |
Satu masa dulu dalam tahun berapa Arm ingat.. Tapi mesti korang pernah dengar berita tentang Ayah Pin. Ingat lagi tak korang pasal kerajaan langit? Yerrr la.. kerajaan langit Ayah Pin yang kononya dia ada kerajaan di atas langit. Perhhh... STUPID mannn!! Ok, itu satu ketika dulu, tapi sekarang Ayah Pin Come Back!! Jangan takut.. Kali ni dia datang kembali dengan fizikal yang berubah.. Dia buat pembedahan plastik?? Tidakk.. Baca artikel ini:
BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib
selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam
keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat
angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya
Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat
tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang
tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta
seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah
kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.
Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.---> Dapatkan di pasaran!!
Dah baca?? Jadi dah tahu la ni.. ermm.. buang masa aku nk terangkan..hehe.. Apa-apa pun, apa akan terjadi pada kerajaan langit, dan juga Ayah Pin. Sama-sama kita tunggu.. nanti ada lah tu cerita dia.
Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.
0 00 komen spontan!!....Dah baca? Komen jom.:
Post a Comment