Utama Inspirasi Tutorial
  • Freebies
  • Hubungi
Perhatian: Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di sini adalah dari moderator sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika mederator meletakkan nama pemiliknya (sumber). Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih.

11 April 2012

Cikgu tak benar tiru kena bunuh

NEW DELHI: Seorang guru di utara India mati selepas dilanggar kereta dipercayai berpunca daripada keengganannya membenarkan pelajarnya menipu dalam peperiksaan, lapor media kelmarin.
Guru yang dilanggar kenderaan itu, Rakesh Kumar, 37, mengajar di sekolah swasta Haryanastate, bandar Sonepat. 

Dia sedang berjalan pulang ke rumah pada Jumaat lalu apabila dua lelaki dalam sebuah kenderaan menahannya dan didakwa memintanya membenarkan seorang pelajar meniru.

Tetapi, Kumar menolak permintaan mereka. Kedua-dua lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta dan melanggarnya dua kali, lapor NDTV.

Kumar meninggal dunia akibat kecederaan dilanggar selepas dibawa ke hospital di New Delhi, 45 kilometer ke selatan Sonepat.

Seorang suspek sudah ditahan dan suspek kedua sedang diburu polis, lapor stesen televisyen CNN-IBN. Keluarga Kumar mengenalpasti suspek sebagai rakan dan saudara kepada pelajar yang mahu menipu itu.
“Memang jelas mereka berniat membunuh abang saya. Selepas melanggarnya sekali, mereka mengundur kereta dan melanggarnya lagi,” kata adik Kumar, Mukesh.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Kumar sempat memberitahu pihak berkuasa mengenai dua orang yang bertanggungjawab dan media mendedahkan dua suspek itu sebagai Vikram Singh dan Hari Om.

Bapa dan adik Kumar berada bersamanya ketika kejadian dan mereka menuduh dua penyerang terbabit sudah lama mendesak mangsa membenarkan pelajar meniru ketika peperiksaan.

“Dia enggan dan akhirnya inilah yang berlaku,” kata Mukesh lagi.

Kerajaan negeri membuat kenyataan mengakui bahawa perlu ada tindakan tertentu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang dan berjanji memberi keadilan kepada mangsa seperti Kumar. – Agensi



Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.

0 00 komen spontan!!....Dah baca? Komen jom.:

Kategori entri

18SG 18sx Adik Yuen Apek bersara Artis Artwork Ayah Pin Believe it Blog tutorial Bola sepak Malaysia Bulan Cinta muka buku Cinta muka bulu Coretan Cybersec Crew Dosa Evo 10 FAM kena hack Fake HDR Filipina HDR tutorial Hiburan Iktibar Info JPS Kedah Jadi ahli facebook berdosa Join segmen Join segment Khairul Fahmi (apek). Kim swee Lagu melayu MP3 Maharaja Lawak Final Maharaja Lawak akhir Marco Simoncelli Marco Simoncelli maut di litar sepang MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan Najwa Latif News OMG Photoshop tutorial Poster movie Pramugari SEO Trailer Tutorial Umno Video View Entertainment Wayang World Zizan Raja Lawak advertlets agama islam anjing apple awek cun awesome ayam babi baju hijau bapa mithali baucar RM200 bedah berita berita live bersin berzina besi pagar bibir tebal bilik tidur blackberry blackberry harga murah blog blog aku blog pilihan blogwalking bontot budak budak 2 tahun budak 2 tahun digilis van budak buat hubungan seks budak nakal budak perempuan budak pompuan 7 tahun ajar budak lelaki 5 tahun cara letakkan chatbox/shoutbox di header blog cara memasak cegah jerawat cerita baru cerita lawak cermin computer care darah design doktor download emak berzina dengan anak sendiri emas exam facebook facebook berdosa fakta full movie gaduh gambar ic gelak geli geram gigit hackers harga tiket naik hot ballon ibu ikan ikan dan manusia ikan pelik jalan jepun jepun tidur jessica rabbit join contest kaabah kantoi kembar kena bunuh kencing malam kerajaan beri baucar buku. baucar buku kerajaan langit kereta terbakar ketam komputer kristian laman digodam lampu landasan lapangan terbang lawak lelaki lelaki macho ludah lukisan paku magic maharaja lawak mega minggu kedua maharaja lawak mega minggu pertama mahasiswa main piano malaysia lawan indonesia malaysia menang manipulasi manusia binatang manusia pelik mat luthfi mati katak menakutkan mengarut monyet motorsikal unik movie movie baru mr.ben kemalangan ngeri nuffnang orang asli page view pameran lampu pasukan bola sepak malaysia pencuri pendapat pengsan perempuan perempuan bertudung perempuan seksi perlumba permainan pingat emas malaysia pontianak pop islamic singer putrajaya que haidar rogol sakit sami yusuf sayap merah sedap selipar jepun seram serangga signboard jalan songlap sony ericsson stress suami sukan sea 2011 sushi tak senonoh tangisan ustazah tayang depan camera terkeluar taik tertembak bapa mentua ketika memburu tiada jari tidur tudung tupai undang-undang china ustazah pilihan vokal bukan sekadar rupa wallpaper islam wallpaper ramadan watak kartun widget wordless wednessday zakar zakar putus