Utama Inspirasi Tutorial
  • Freebies
  • Hubungi
Perhatian: Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di sini adalah dari moderator sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika mederator meletakkan nama pemiliknya (sumber). Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih.

16 October 2011

Dia tanya kenapa orang Islam sembah Kaabah



Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.

2 00 komen spontan!!....Dah baca? Komen jom.:

ShahzCudin said...

entri yang bagus...

Arm'z said...

Boleh share entry ni...

Kategori entri

18SG 18sx Adik Yuen advertlets agama islam anjing Apek bersara apple Artis Artwork awek cun awesome Ayah Pin ayam babi baju hijau bapa mithali baucar RM200 bedah Believe it berita berita live bersin berzina besi pagar bibir tebal bilik tidur blackberry blackberry harga murah blog blog aku blog pilihan Blog tutorial blogwalking Bola sepak Malaysia bontot budak budak 2 tahun budak 2 tahun digilis van budak buat hubungan seks budak nakal budak perempuan budak pompuan 7 tahun ajar budak lelaki 5 tahun Bulan cara letakkan chatbox/shoutbox di header blog cara memasak cegah jerawat cerita baru cerita lawak cermin Cinta muka buku Cinta muka bulu computer care Coretan Cybersec Crew darah design doktor Dosa download emak berzina dengan anak sendiri emas Evo 10 exam facebook facebook berdosa Fake HDR fakta FAM kena hack Filipina full movie gaduh gambar ic gelak geli geram gigit hackers harga tiket naik HDR tutorial Hiburan hot ballon ibu ikan ikan dan manusia ikan pelik Iktibar Info Jadi ahli facebook berdosa jalan jepun jepun tidur jessica rabbit join contest Join segmen Join segment JPS Kedah kaabah kantoi kembar kena bunuh kencing malam kerajaan beri baucar buku. baucar buku kerajaan langit kereta terbakar ketam Khairul Fahmi (apek). Kim swee komputer kristian Lagu melayu laman digodam lampu landasan lapangan terbang lawak lelaki lelaki macho ludah lukisan paku magic Maharaja Lawak akhir Maharaja Lawak Final maharaja lawak mega minggu kedua maharaja lawak mega minggu pertama mahasiswa main piano malaysia lawan indonesia malaysia menang manipulasi manusia binatang manusia pelik Marco Simoncelli Marco Simoncelli maut di litar sepang mat luthfi mati katak menakutkan mengarut monyet MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan motorsikal unik movie movie baru MP3 mr.ben kemalangan Najwa Latif News ngeri nuffnang OMG orang asli page view pameran lampu pasukan bola sepak malaysia pencuri pendapat pengsan perempuan perempuan bertudung perempuan seksi perlumba permainan Photoshop tutorial pingat emas malaysia pontianak pop islamic singer Poster movie Pramugari putrajaya que haidar rogol sakit sami yusuf sayap merah sedap selipar jepun SEO seram serangga signboard jalan songlap sony ericsson stress suami sukan sea 2011 sushi tak senonoh tangisan ustazah tayang depan camera terkeluar taik tertembak bapa mentua ketika memburu tiada jari tidur Trailer tudung tupai Tutorial Umno undang-undang china ustazah pilihan Video View Entertainment vokal bukan sekadar rupa wallpaper islam wallpaper ramadan watak kartun Wayang widget wordless wednessday World zakar zakar putus Zizan Raja Lawak