Ajoi baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Ajoi naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Ajoi mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Ajoi terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Ajoi tunduk dan mencari gambarnya itu tadi.
Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Ajoi berkata,
“Kak… Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar…"
Pappp!!! tak pasal pasal sekeping penampar hinggap dimuka Ajoi..
Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.
3 00 komen spontan!!....Dah baca? Komen jom.:
hahaha mesti bengang punya
hahaha.... kn da dpt skit...hehe
Hahaha..
Post a Comment