Armz agak terkejut bila tau laman web FAM kena hack buat kali ke-2. Pihak FAM memberi kenyataan bahawa harga tiket RM50 adalah wajar. Bagi pihak penyokong pula mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tiket tersebut. Kata mereka, "ini akan membebankan para penyokong yang terpaksa datang dari jauh".
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata
pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian,
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah
wajar.
“Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa
menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium,
keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya semalam.
Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu yang selaras bagi semua tempat duduk stadium.
Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong
bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak
mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.
Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM
menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan
asal.
Ketika menggesa demikian kelmarin, Ahmad Shabery berkata harga tiket itu membebankan peminat dan rakyat.
Sementara itu, Kelab penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) turut membidas kenaikan harga tiket secara mendadak itu.
Website: http://fam.org.my/
Diharapkan FAM dapat mempertimbangkan kenaikan harga tiket ini. Kalau tiada penyokong, mula la nk buat iklan macam itu, macam ini. Cuba sama sama paham keadaan antara satu sama lain. Lagi pun kn, Armz rasa mutu permainan bola sepak kita bukannya bagus sangat pon. Setakat hero kampung jew...
Ini adalah pendapat Armz sebagai penyokong bola sepak..
Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.
2 00 komen spontan!!....Dah baca? Komen jom.:
hurmmm kekeke kena hacked omg
tabik spring pada tukang hack!!!
hehehe...
Post a Comment