SKMM ari ini telah pun mengambil tindakan yang wajar sempena bulan ramadan yang mulia ini. SKMM mengesahkan laman-laman lucah pula akan disekat di Malaysia mulai esok. Sekatan terbaru ini adalah sempena menghormati bulan Ramadan yang mulia. Seperti sekatan sebelum ini, sekatan akan dilakukan berdasarkan alamat IP bagi memastikan pintasan menggunakan DNS tidak boleh dilakukan. Sekatan terhadap laman lucah ini hanya akan kekal sepanjang bulan puasa sahaja. Pihak kami sempat mendapatkan komen dari Dato Paduka Muhammad Ismail ketika program berbuka SKMM bersama rakan-rakan saiber di Putrajaya sebentar tadi.
“Pihak kami tahu laman mana yang paling banyak dilayari untuk mencari barang baik. Bedasarkan ranking yang ada kami menyekat hampir 2000 laman sesawang lucah paling popular di Malaysia. Kami juga tahu pengguna internet Malaysia celik IT maka kami sekat alamat IP-nya terus. Anggaplah apa yang dilakukan SKMM ini sebagai petanda untuk kurangkan membuat onar dibulan mulia. Jika sekatan tahun ini mendapat timbal balas positif tahun hadapan program sekatan akan diperkembangkan dengan menghalang laman gossip artis pula yang kandungannya lebih fitnah dari fakta. Sebagai orang Islam, membaca bahan sampah sebegini juga tidak elok di bulan Ramadan”
Sumber:Amanz
Bagi aku sebagai seorang muslim, sepatutnya tindakan SKMM ini lebih bagus kalau dari dulu sekatan ini dibuat. Bukan sahaja di bulan puasa, malahan kalau boleh sepanjanggggggg....tahunn.... Mungkin dengan cara ini tatasusila rakyat Malaysia terutamnya orang islam lebih aman dan manis dengan ajaran islamnyer..
p/s: Aku sokong tindakan ini.. Korang macam mana?? Tinggalkan komen anda.
Maaf!!! penggunaan "Aku" pada yang lebih tua.
Nak lagi video dan cerita menarik???:
0 00 komen spontan!!....Dah baca? Komen jom.:
Post a Comment